Friday 6 February 2015

Matematik.... Jom AJAR anak KITA!!!!

KAEDAH-KAEDAH MEMAHIRKAN MATEMATIK
    Terdapat banyak faedah untuk memahirkan diri kita dengan matematik. Individu yang berlainan mempunyai kaedah yang berlainan untuk memahirkan diri dengan subjek matematik.
Kaedah main sambil belajar.
     Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina  ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi.
 
     Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental  di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
     Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah di beri dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.

Kaedah inkuiri.
 Inkuri adalah m,erupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai :-
1) berasaskan proses penyelesaian masalah
2) berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif)
3) memberi latihan yang sebenar (dalam proses kemahiran berfikir secra kreatif dan  kritis
4) menggalakkan murid alami proses pembelajari secara mengalami situasi yang sebenar
5) mengggalakkan murid membuat penyelidikan
Teknik ini mempunyai proses yang berikut:-
1) mengenal pasti masalah
2) mengkaji masalah
3) mengumpul maklumat
4) meganalisis masalah
5) merumus masalah
Mengenal pasti masalah.
     Pelajar harus  mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses mengenal pasti masalah, kaedah,teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan.pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid membuat ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan apakah langkah yang perlu dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat dikumpul murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah menganalisis, di mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di sini murid – murid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji.
Pengendalian aktiviti inkuiri.
1) Pemerhatian
Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.
2) Penjelasan
Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan  perbezaan terhadap masalah yang dikaji.
3) Membuat ramalan
Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid  untuk mengemukan sebab ynag munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.
4) Uji kaji
Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telahdibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.
 
 
Kaedah perbincangan
    Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dimana pelajar berkerja sama antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah. Kaedah perbincangan dikatakan dapat mengalakkan murid-murid lebih bergerakbalas atau berreaksi tentang topik atau masalah matematik yang sedang atau sudah dibincangkan.kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan mudah dilaksanakan dalam apa jua matapelajaran terutama sekali matematik dan (semua tajuk dalam matapelajaran matematik ) kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik darjah mahupun dirumah.
    Perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung penilaian yang dijalankan. Disini peranan guru atau ibubapa boleh berubah mereka sepatutnya kurang bercakap, walaubagaimana pun mereka harus meransang pelajar mengeluarkan pendapat, bertanya, memikirkan jawapan, memberi komentar dan menyelesaikan masalah, guru dan ibubapa tidak seharusnya menjadi sumber rujukan utama sumber maklumat tetapi bertindak sebagai permudah aktiviti perbincangan.
    Matlamat dalam kaedah ini adalah memperkembangkan kebolehan dalam matapelajaran matematik dimana kaedah ini, mempertajamkan fikiran pelajar, melatih keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik dan mengalakkan perkembangan kanak-kanak dalam matematik menjadi lebih subur.kaedah ini juga bermatlamat dalam melatih keupayaan murid dalam membuat perhubungan idea, membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, memperluaskan ilmu pengetahuan dan juga bermatlamat mengembangkan kemahiran dalam diri kanak-kanak tersebut.
Kaedah menyelesaikan masalah.
    Didalam kaedah ini kanak-kanak dikehendaki mengatasi rintangan atau kerumitan untuk mencapai matlamat. Faktor utama dalam menyelesaikan  apa jua masalah matematik adalah dengan mengunakan segala pengalaman lampau dalam mendapatkan sesuatu penyelesaian yang belum pernah diketahui oleh kanak-kanak tersebut.Dalam kaedah menyelesaikan masalah terdapat 5 pekara yang telah dikaji.
 (1) pengeluaran idea individu
Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah dimana penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut
 
(1) Pencapaian konsep
Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut.
(3) Kerja kreatif.
Tidak semua penyelesaian masalah dapat dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas. Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak ada satu cara pun dianggap terbetul sekali.
 

(4)  Membuat keputusan
 
Dalam menyelesaikan masalah jenis lain kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata.
(5)  Menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh para psikologist.
 
Kaedah dapatan
     Kaedah ini lahir daripada teori-teori pembelajaran, ia perlu bagi ibubapa dan guru untuk mencapai pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dan murid. Walaubagaimana pun ia hanya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Kaedah ini bertujuan mencabar murid supaya mencari jawapan dari maklumat yang kurang lengkap, biasanya pembelajaran dari kaedah ini terdiri daripada bahagian-bahagian maklumat yang tidak lengkap dan murid juga perlu membuat kesipulan dari apa yang telah dilaksanakan.Cara pengajaran yang paling sesuai untuk kaedah dapatan ialah dengan cara memberi panduan, bantuan atau petunjuk.
    Peranan guru dan ibubapa ialah untuk mengadakan perbincangan terbuka dan untuk mendorong murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan kearah yang ingin matlamat dicapai. Pendukung kaedah ini adalah Hilda Taba, beliau menerangkan kaedah ini dapat membentuk dan membina kebolehan dalam menyelesaikan masalah dikalangan murid dimana daripada maklumat yang tidak lengkap murid terpaksa berfikir dan mencari jawapan dan dengan secara tidak langsung mereka dapat belajar sendiri.
    Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan kesimpulan telah digunakan semasa pembelajaran. Menurutnya juga kaedah ini seharusnya dapat pegerakan atau motivasi intrinsik dikalangan murid dan pelajaran dapatan harus mencungkil, mencabar dan melahirkan minat dalam diri murid.
Hafalan dan latih tubi.
    Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada masa itu persekolahan masi belum wujud dan pengajaran khususnya agama diturunkan kepada anak cucu dengan teknik hafalan dan latih tubi, teknik ini telah digunakan oleh orang Yahudi untuk mengajar agama dan pekara-pekara berkaitan dengan Tuhan mereka. Bagi mereka Tuhan adalah satu-satu pekara yang tidak boleh dipersoalkan oleh murid-murid mereka dengan itu teknik hafalan dan latih tubi digunakan untuk mengajar murid-murid tersebut dan tekni tersebut dikatakan sangat berjaya dan sangat berkesan sekali.
     Pada masa kini teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan, teknik ini telah difahami dengan lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan.
     Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik. Hafalan rot adalah hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi sepatah contohnya menghafal sefer dimana sefer adalah sejenis simbol yang perlu dihafal dan diingat satu persatu. Hafalan rot masih perlu digunakan pada masa kini untuk mengajar sefer, kira-kira, atau prinsip-prinsip. Pelajar pada mulanya hanya mengunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu pembelajaran akan diambilalih oleh hafal logik.
    Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik memerlukan fahaman yang rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan penting untuk membawa kefahaman rasional ini, disamping kebolehan membuat perkaitan antara satu dengan yang lain diperlukan juga.
     Dalam situasi pengajaran didalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,
 MEMIKIR + MENGULANG + MENYEBUT = MENGINGAT
(1) Memikirkan—pelajar  harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samaada sefer atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingat
(2) Mengulang—pelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang  maklumat yang  dipelajari.
(3) Mengucapkan—pelajar juga harus mengucapkan segala bahan yang telah dipelajari dihadapan guru atau sesiapa sahaja yang boleh menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.
(2) Mengingatkan—pelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses hafalan.
    Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentan apa  yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran, latih tubi harus harus dielakkan dalam pelajaran yang bercorak kemasyarakatan ini disebabkan lati tubi dalam matapelajaran tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi kaedah latih tubi amat digalakkan dalam matapelajaran matematik. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting.
    Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.
Walaubagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid.  Namun begitu ia tidak harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kaedah ini.
    Sebenarnya terdapat terlalu banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.