Sukantara SK Rawang akan bermula pada :-
Tarikh : 3 - 6 November 2014
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi
Acara : 100m L/P 10/12 , 200m L/P 10/12 , 80m L//P T1T2 , Lompat Tinggi L/P 10/12
Lontar Peluru L/P 12.
Thursday 30 October 2014
Wednesday 29 October 2014
Tuesday 28 October 2014
FROG VLE?
Frog
adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.
Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem
pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran
dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah
maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan
menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar
tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE
sebagai Intranet, bilik darjah online dan
ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE)
adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia
realiti dengan menyatukan konsepvirtual dalam
pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan
ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala
pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa
boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini
kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh
diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Subscribe to:
Posts (Atom)