Friday 26 December 2014

Surat Pembayaran Keperluan Sekolah 2015

Sila klik butang muat turun di bawah untuk Surat Pembayaran Keperluan Sekolah 2015 dan Senarai Keperluan Mengikut Kelas.






Wednesday 24 December 2014

Selamat Kembali Ke Sekolah



Kepada semua guru dan murid-murid SK Rawang, anda semua boleh mencetak sendiri jadual waktu siri 1/2015 di halaman layan diri. Pada halaman tersebut anda boleh mengubah saiz paparan dengan memaksimumkan saiznya mengikut cita rasa masing-masing. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan 2015. Terima kasih.



Monday 24 November 2014

Tindakan Segera : Pengemaskinian Data Murid 2015

Mohon perhatian dan kerjasama kepada semua yang membaca pesanan ini untuk memanjangkan perkara pengemaskinian data murid oleh penjaga berdasarkan tahun persekolahan 2015. Sila pilih menu layan diri di blog sekolah ini untuk tujuan tersebut. Terima Kasih.

Thursday 20 November 2014

Amanat Cuti Akhir Tahun



Kami Warga SK Rawang mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid dan selamat maju jaya kepada murid tahun 6 yang akan melangkah ke tingkatan 1 pada 2015. Pastikan anda sentiasa bersama buku semasa di dalam percutian kerana akan membantu memantapkan ilmu bagi persediaan pada tahun hadapan. Jagalah diri, keselamatan dan kesihatan semasa percutian panjang ini. 

Monday 3 November 2014

Sukan Sekolah 2014

Nama Program : Temasya Sukan Tahunan SK Rawang 2014

Tarikh               : 11hb November 2014

Hari                   : Selasa

Masa                  : 2.00 petang

Jemputlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan sukan tahunan ini.

Hari Anugerah dan Hari Keusahawanan 2014

Nama Program : Hari Anugerah dan Hari Keusahawanan 2014

Tarikh               : 18hb November 2014

Hari                   : Selasa

Tempat              : SK Rawang

Acara                 : Hari Penyampaian Hadiah dan Anugerah Murid 2014

                             Hari Graduasi Pra Sekolah

                             Gerai Jualan ( Air / aiskrim / Buah-buahan / nugget / ayam percik )

                             Gerai Jualan Runcit Harga Pasti Murah

                             Gerai Jualan Tudung

                             Pertandingan Gubahan Hantaran dan Makanan

                             Permainan siapa cekap.

                             Pertandingan tarik tali.

                             Pertandingan Mewarna

* Segala bentuk jualan adalah menggunakan kupon yang boleh di dapati mulai 4hb November di SK Rawang. Setiap murid dan staf SK Rawang WAJIB membeli kupon dengan nilai minimum RM5 untuk membantu pihak sekolah dalam aktiviti ini. Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh menghubungi pihak sekolah pada waktu pejabat. Terima Kasih.

Jom Bersukan!!!!!

Jadual Acara Sukantara dan Sukan 2014

BIL
TARIKH
ACARA
1.
3/11/2014
Sukantara 80m/100m L/P 7/8/10/12
2.
4/11/2014
Sukantara 200m L/P 10/12
Sukantara Lompat Tinggi L/P 10/12
3.
5/11/2014
Sukantara Lontar Peluru L/P 12
Sukan Saringan 80m/100m/200m L/P 10/12
Sukan Lontar Peluru L/P 12 Akhir
4.
6/11/2014
Sukan Lompat Tinggi L/P 10/12 Akhir
Sukan Rejam Lembing L/P 12 Akhir

Saturday 1 November 2014

Kursus Frog Vle Siri 4 2014

Tarikh : 1 November 2014

Hari     : Sabtu

Tempat: Makmal Komputer SK Rawang

Masa    : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Thursday 30 October 2014

Sukantara 2014

Sukantara SK Rawang akan bermula pada :-

Tarikh : 3 - 6 November 2014

Hari     : Isnin - Khamis

Masa   : 7.30 pagi - 10.00 pagi

Acara  : 100m L/P 10/12 , 200m L/P 10/12 , 80m L//P T1T2 ,  Lompat Tinggi L/P 10/12

              Lontar Peluru L/P 12.










Tuesday 28 October 2014

FROG VLE?

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsepvirtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.